Thursday 27 March 2014

ISI: 2.3: KEBUDAYAAN KAUM CHETTI: PERKAHWINAN MASYARAKAT CHETTI

                    Kaum Chetti ialah satu kaum yang unik dan terdapat di Kota Melaka sahaja. Mereka telah wujud sejak zaman Kesulatanan Melayu Melaka. Ini adalah hasil daripada percampuran perkahwinan di antara pedagang-pedagang India dan gadis-gadis tempatan. Masyarakat yang wujud sedemikian menyatukan kebudayaan Melayu dan Hindu. Masyarakat Chetti mengamalkan adat-istiadat, tutur bahasa dan pakaian berasaskan kepada
 kebudayaan Melayu dan Hindu. Asmilasi
kebudayaan Melayu dan Hindu ini dapat disaksikan dalam kehidupan seharian mereka. Upacara-upcara perkahwinan kaum Chetti juga merupakan satu peristiwa berwarna-warni dan mempunyai keunikan tersendiri. Bukan sahaja budaya Melayu dan budaya Hindu diamalkan, tetapi juga satu sistem yang tersendiri dituruti iaitu perbelanjaan perkaahwinan ditanggung oleh pihak lelaki. Upacara pernikahan kaum Chetti pula dijalankan selama tiga hari tiga malam. Upacara pernikahan juga boleh dilakukan di rumah atau di kuil, dan begitu juga jamuannya boleh diadakan di rumah atau di dewan yang berhampiran mahupun di halaman kuil itu sendiri.

                    Diorama ini menggambarkan salah satu adat-istiadat upacara pernnikahan kaum Chetti. Adegan ini menunjukkan suasana tempat pernikahan tanpa pelamin pengantin yang terletak berhampiran dengannya. Segala persiapan perkahwinan kaum Chetti ditumpukan kepada persiapan adegan ini iaitu kedua-kedua mempelai dan ibu-bapa mereka memainkan peranan.

                    Selepas upacara pernikahan dan penerimaan retsu orang-orang tua dengan renjisan air mawar dan beras kunyit, kedua-dua pengantin akan mengelilingi pelamin sebanyak tiga kali. Seterunya, pengantin lelaki akan menyarungkan cincin di jari kaki isterinya yang akan diletakkan di atas batu giling. Upacara ini ialah simbolik perjanjian ketaatan isteri kepada suaminya.

                   Sembilan jenis benih kacang yang sudah tumbuh dan terletak di dalam sebuah bekas tanah akan ditanam oleh kedua-dua mempelai. Upacara menanam jenis-jenis kacang ini merupakan simbol kebahagiaan dan kemakmuran masa hadapan bagi kedua-dua mempelai. Dua barisan periuk tanah yang diaturkan bertingkat dan mengadungi air akan digunakan untuk memandikan kedua-dua mempelai pada keesokkan harinya. Kemudian, sebentuk cincin akan dicampakkan ke dalam tempayan yang berisi air. Kedua-dua mempelai dan akan berebut untuk mgambil cincin itu. Upacara ini ialah datu permaianan bagi merapatkan hubungan kedua-dua mempelai.


                   Congkak dan lima mangkuk periuk tanah diisi dengan nasi susu juga memainkan peranan untuk mengeratkan ladi persaudaraan kedua keluarga. Kedua-dua bapa mempelai akan mengambil bahagian dalam satu pertandingan bermain congkak ini. Seiapa yang kalah mesti memakan sampai habis kelima-lima mangkuk yang mengandungi nasi susu. Upacara yang melibatkan kedua-dua bapa mempelai semasa perkahwinan juga merupakan sesuatu yang unik bagi kaum Chetti sahaja.

No comments:

Post a Comment