Wednesday 26 March 2014

ISI: 2.1: SEJARAH KEWUJUDAN KAUM CHETTI DI MELAKA

                    Beberapa Ahli Sejarah berpendapat masyarakat Chetti adalah dari keturunan
pedagang-pedagang kaya yang berasal dari Pantai Koromandel iaitu di daerah
Kalinggapatnam atau Kalingga di satu kawasan Selatan India.Semasa dalam pelayaran,
masyarakat Chetti
membawa bersama
pekerja-pekerja dan
pembantu mereka
yang sering
membantu mereka
serta seorang
Pandaram dalam hal-
hal keagamaan. Oleh
sebab pedagang- pedagang ini berpegangan kuat agama Hindu (Ortodok) maka mereka tidak
membawa isteri atau wanita bersama-sama semasa misi perdagangan. Hal ini kerana,megikut
adat agama Hindu, wanita tidak dibenarkan menyeberang laut sebab terpaksa menjaga hal-hal
rumah tangga. Oleh sebab, kaum lelaki adalah penguasa alam dan kepercayaan, disinilah
berlakunya perkahwinan campur. Pedagang India tersebut berkahwin dengan wanita
tempatan dan terus berpegang teguh pada agama asal iaitu agama Hindu hingga ke hari ini
maka keturunan mereka menkadi golongan Chetti, di mana wujudnya sebuah masyarakat
yang dipanggil CHETTI MELAKA sehingga ke tanggal ini.

                   Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, masyarkat Chetti telah memainkan
peranan yang penting dalam membantu mengembangkan ekonomi dan sekaligus mereka
telah diberi penempatan yang pertama iaitu di Kampong Keling, perkataan Keling adalah
diambil dari penempatan asal mereka di India yang menunjuk asal-usul mereka iaitu
Kalingga. Apabila wujudnya perkahwinan campur, iaitu para pedagang India dengan wanita
tempatan, mereka tidak lupa pada adat istiadat Hindu mereka hingga ke hari ini. Maka
mereka turut mengajar adat istiadat, agama dan kepercayaan agama Hindu kepada isteri-isteri
mereka. Selain itu, para isteri tersebut telah diberi nama Hindu iaitu Thevani, Sinagamy,
Amal Gurumah dan Letchumi. Dalam pada itu, bahasa perantaraan kaum ini adalah Bahasa
Melayu kerana waktu tersebut merupakan zaman Kesultanan Melayu Melaka maka wujudnya
bahasa ibunda masyarakat Chetti iaitu Bahasa Melayu.

                    Apabila Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511,
peranan masyarakat Chetti bertukar kerana mereka diberikan tanggungjawab untuk
mengetuai beberapa pedagang yang lain termasuk pedagang India Muslim, maka disitulah
bertambahnya perkahwinan campuran di kalangan Chetti dengan wanita tempatan.
Walaubagaimanapun, apabila Belanda menawan Melaka pada tahun 1641, kegiatan
perdagangan masyarakat Chetti pada masa itu terkongkong disebabkan pihak Belanda
mengenakan banyaka sekatan sehingga menyusahkan para pedagang untuk berurusniaga.
Akhirnya, masyarkat Chetti telah mengambil jalan untuk menukar perdagangan mereka
kepada sektor pertanian. Selepas pihak British menawan Melaka pada tahun 1871,
memandangkan sektor pertanian agak sukar, maka masyarakat Chetti juga menukar pekerjaan
dari sektor pertanian kepada bekerja di pejabat British sebagai kerani atau peon hingga
sekarang.

                    Segolongan besar masyarakat Chetti yang telah berkahwin dengan wanita
tempatan tersebut, terus metap di Melaka disebabkan system kasta yang diamalkan di India
yang tidak membenarkan kemasukan orang luar dalam agama mereka. Oleh yang demikian,
bagi mengelakkan percanggahan atau konflik, pedagang-pedagang yang telah berkahwin
dengan wanita tempatan telah mengambil keputusan untuk menerima Melaka sebagai tanah
tumpah darah mereka. Di situlah, wujudnya gelaran CHETTI MELAKA yang bermaksud
Pedagang Melaka yang berasal dari Kalingga (mengikut tulisan Balthasar Bort pada 1678
iaitu terdapat 348 orang masyarakat Chetti yang tinggal di Melaka) dan kemudiannya
berpindah dari penempatan awal di sekitar Kampung Keling ke Gajah Berang, Tengkera dan
Bacang. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi, sayur-sayuran dan
buah-buahan untuk dijadikan mata pencarian bagi menyara keluarga masing-masing.

                    Pada zaman pemerintahan Belanda, mereka telah memberi sebidang tanah
kepada Theivanayagam Chitty iaitu ketua kepada
masyarakat Chetti pada ketika itu. Pada
tahun 1781 pula, masyarakat Chetti membina
sebuah kuil yang dinamakan Sri Poyatha
Vinayagar Moorthi (SPVMT) sempena nama Dewa
yang mengelakkan rintangan di atas
tanah seluas 15, 879 kaki persegi yang diberi oleh
pihak Belanda. Kini Kuil SPVMT
merupakan kuil yang tertua di Semenanjung
Malaysia. Tambahannya, masyarakat Chetti
mempunyai sebanyak Sembilan buah kuil yang telah dibina pada abad ke-18 dan terdapat
disekitar Perkampungan Budaya Chetti. Kuil-kuil tersenut masih digunakan untuk upacara

sembahyang walaupun masyrakat Chetti tidak lagi menjalankan kegiatan pertanian.

No comments:

Post a Comment