Thursday 27 March 2014

ISI: 2.2: ADAT ISTIADAT DAN KEAGAMAAN


                    Masyarakat ‘India Chetti’ menganut agama Hindu. Mereka adalah penganut agama yang setia serta berpegang teguh kepada ajaran dan pantang larang. Antara Hari Perayaan yang disambut oleh masyarakat Chetti adalah Hari Ponggal iaitu Hari Kesyukuran kaum Chetti kepada nenek moyang dan Tuhan mereka. Perayaan ini turut diraikan oleh semua masyarakat India di seluruh dunia ini tetapi sambutan ini dipercayai telah dimulakan oleh masyarakat Chetti dahulu. Sambutan perayaan ini bermula pada hari terakhir bulan Margali iaitu pada 13 Januari yang bermaksud bulan berbunga dan pada hari itu sejenis sambutan kecil akan dimulakan sebelum Hari Ponggal iaitu Paru atau Bhogi. Sambutan kecil ini adalah petunjuk bermulanya perayaan Hari Ponggal.

                    Pada hari tersebut masyarakat Chetti akan memasak makanan tradisional mereka seperti nasi lemak kukus berlauk pinding ikan parang, kuah terung, sambal timun, udang, urap kelapa, kangkung tumis, kacang goreng minyak, acar cili dan sambal taik minyak. Makanan tersebut disediakan kira-kira tiga hari sebelum menjelangnya perayaan Hari Ponggal kerana persediaan perlu disiapkan dengan penuh teliti. Mereka yang memasak tidak boleh bersembang dan merasa makanan yang mereka masak yang merupakan pantang larang arwah nenek moyang yang akan mengutuk serta mendatangkan bencana terhadap keluarga mereka, manakala wanita yang sedang mengalami haid pula, tidak dibenarkan memasak kerana ini menjadi pantang larang dalam menyediakan makanan untuk roh dan nenek moyang serta saudara mara mereka yang telah meninggal dunia.

                      Masyarakat Chetti akan bersembayang setiap hari sepanjang bulan Margali sebelum matahari terbit manakala wanitanya pula akan membasuh lantai di depan rumah dan menabur bunga serta meletakkan bekas bara sebagai tanda kesyukuran ketika sembahyang arwah. Pada bulan ini juga adalah bulan yang paling sibuk bagi masyarakat Chetti kerana pada minggu terakhir mereka, masyarakat Chetti beramai-ramai akan mengunjungi tanah perkuburan nenek moyang masing-masing untuk bersembayang dan membersihkan kawasan persekitaran terbabit yang bertujuan meminta restu daripada nenek moyang mereka supaya keamanan serta perpaduan sentiasa terjalin dalam keluarga.

                    Pada hari pertama bulan Thai iaitu 14 Januari pula masyarakat Chetti akan menyambut perayaan 'Vitthu Ponggol" iaitu rumah terbuka kepada sanak saudara dan sahabat handai. Para tetamu akan dihidangkan dengan kuih muih tradisional seperti dodol, wajik, koya kacang, kanda kasturi, bahulu, kuih belanda, kuih bangkit, halwa dan sagun yang menjadi kegemaran masyarakat Chetti. Walaupun masyarakat Chetti adalah kaum minoriti, perpaduan dan sikap kekeluargaan diutamakan apabila diadakan perayaan. Kemeriahan pastinya terbayang di wajah setiap penduduk perkampungan seperti di Gajah Berang kerana kepulangan saudara mereka akan berkumpul bagi merapatkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Bagi menghidupkan atau mengekalkan adat istiadat di kalangan generasi baru, beberapa pertandingan diadakan seperti mengikat Talapa (serban kepala), menganyam daun kelapa (mateh), mengikat bunga (Sarem) dan melukis Kolam.

                    Selain daripada itu, terdapat sebuah perayaan lagi yang disambut secara besar-besaran dalam masyarakat Chetti iaitu perayaan Mariamman Thirunal yang lebih dikenali dengan nama Menggamay. Perayaan ini diadakan setiap tahun di Kuil Sri Muthu Mariamman yang terletak di perkampungan Chetti mengikut kalender pada akhir bulan April atau awal bulan Mei. Perayaan ini disambut selama sepuluh hari dan merupakan perayaan agama yang sangat penting bagi masyarakat Chetti serta disambut dengan begitu meriah. Pada masa perayaan ini masyarakat Chetti akan menghiasi rumah masing-masing dengan memasang lampu berwarna-warni dan menggantung daun torenom iaitu daun kelapa muda yang dianyam rapi.

                    Pada hari yang sebenarnya, upacara sembahyang besar-besaran diadakan dengan perarakan Kavadi bersama kaum Chetti, India dan Cina pada siang hari. Pada malam hari pula, kereta Ratham iaitu kereta perarakan yang dihiasi lampu dengan membawa Dewi Muthu Mariamman mengelilingi Bandar Melaka. Pada setiap hari perayaan tersebut, masyarakat yang bernazar akan mengangkat Kavadi, Palkodam iaitu bekas yang berisi susu atau mencucuk anggota badan dengan Vel untuk mengucapkan terima kasih kepada Dewi Muthu Mariamman yang telah mengabulkan doa mereka. Di hari yang keenam upacara ini akan dilanjutkan dengan perarakan Karagam yang diiringi paluan gendang, mengelilingi Kampung Budaya Chetti untuk memberitahu kepada Masyarakat Chetti bahawa perayaan Menggamay sudah pun hampir dekat.

                    Namun kini, kebanyakan generasi muda masyarakat Chetti Melaka ini kurang mengenali adat istiadat mereka. Hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya melalui datuk dan nenek mereka. Jika generasi muda ini tidak didedahkan dengan kebudayaan tradisional, lama kelamaan adat istiadat itu dikhuatiri dan akan pupus ditelan zaman.


ISI: 2.3: KEBUDAYAAN KAUM CHETTI: PERKAHWINAN MASYARAKAT CHETTI

                    Kaum Chetti ialah satu kaum yang unik dan terdapat di Kota Melaka sahaja. Mereka telah wujud sejak zaman Kesulatanan Melayu Melaka. Ini adalah hasil daripada percampuran perkahwinan di antara pedagang-pedagang India dan gadis-gadis tempatan. Masyarakat yang wujud sedemikian menyatukan kebudayaan Melayu dan Hindu. Masyarakat Chetti mengamalkan adat-istiadat, tutur bahasa dan pakaian berasaskan kepada
 kebudayaan Melayu dan Hindu. Asmilasi
kebudayaan Melayu dan Hindu ini dapat disaksikan dalam kehidupan seharian mereka. Upacara-upcara perkahwinan kaum Chetti juga merupakan satu peristiwa berwarna-warni dan mempunyai keunikan tersendiri. Bukan sahaja budaya Melayu dan budaya Hindu diamalkan, tetapi juga satu sistem yang tersendiri dituruti iaitu perbelanjaan perkaahwinan ditanggung oleh pihak lelaki. Upacara pernikahan kaum Chetti pula dijalankan selama tiga hari tiga malam. Upacara pernikahan juga boleh dilakukan di rumah atau di kuil, dan begitu juga jamuannya boleh diadakan di rumah atau di dewan yang berhampiran mahupun di halaman kuil itu sendiri.

                    Diorama ini menggambarkan salah satu adat-istiadat upacara pernnikahan kaum Chetti. Adegan ini menunjukkan suasana tempat pernikahan tanpa pelamin pengantin yang terletak berhampiran dengannya. Segala persiapan perkahwinan kaum Chetti ditumpukan kepada persiapan adegan ini iaitu kedua-kedua mempelai dan ibu-bapa mereka memainkan peranan.

                    Selepas upacara pernikahan dan penerimaan retsu orang-orang tua dengan renjisan air mawar dan beras kunyit, kedua-dua pengantin akan mengelilingi pelamin sebanyak tiga kali. Seterunya, pengantin lelaki akan menyarungkan cincin di jari kaki isterinya yang akan diletakkan di atas batu giling. Upacara ini ialah simbolik perjanjian ketaatan isteri kepada suaminya.

                   Sembilan jenis benih kacang yang sudah tumbuh dan terletak di dalam sebuah bekas tanah akan ditanam oleh kedua-dua mempelai. Upacara menanam jenis-jenis kacang ini merupakan simbol kebahagiaan dan kemakmuran masa hadapan bagi kedua-dua mempelai. Dua barisan periuk tanah yang diaturkan bertingkat dan mengadungi air akan digunakan untuk memandikan kedua-dua mempelai pada keesokkan harinya. Kemudian, sebentuk cincin akan dicampakkan ke dalam tempayan yang berisi air. Kedua-dua mempelai dan akan berebut untuk mgambil cincin itu. Upacara ini ialah datu permaianan bagi merapatkan hubungan kedua-dua mempelai.


                   Congkak dan lima mangkuk periuk tanah diisi dengan nasi susu juga memainkan peranan untuk mengeratkan ladi persaudaraan kedua keluarga. Kedua-dua bapa mempelai akan mengambil bahagian dalam satu pertandingan bermain congkak ini. Seiapa yang kalah mesti memakan sampai habis kelima-lima mangkuk yang mengandungi nasi susu. Upacara yang melibatkan kedua-dua bapa mempelai semasa perkahwinan juga merupakan sesuatu yang unik bagi kaum Chetti sahaja.

Wednesday 26 March 2014

ISI: 2.1: SEJARAH KEWUJUDAN KAUM CHETTI DI MELAKA

                    Beberapa Ahli Sejarah berpendapat masyarakat Chetti adalah dari keturunan
pedagang-pedagang kaya yang berasal dari Pantai Koromandel iaitu di daerah
Kalinggapatnam atau Kalingga di satu kawasan Selatan India.Semasa dalam pelayaran,
masyarakat Chetti
membawa bersama
pekerja-pekerja dan
pembantu mereka
yang sering
membantu mereka
serta seorang
Pandaram dalam hal-
hal keagamaan. Oleh
sebab pedagang- pedagang ini berpegangan kuat agama Hindu (Ortodok) maka mereka tidak
membawa isteri atau wanita bersama-sama semasa misi perdagangan. Hal ini kerana,megikut
adat agama Hindu, wanita tidak dibenarkan menyeberang laut sebab terpaksa menjaga hal-hal
rumah tangga. Oleh sebab, kaum lelaki adalah penguasa alam dan kepercayaan, disinilah
berlakunya perkahwinan campur. Pedagang India tersebut berkahwin dengan wanita
tempatan dan terus berpegang teguh pada agama asal iaitu agama Hindu hingga ke hari ini
maka keturunan mereka menkadi golongan Chetti, di mana wujudnya sebuah masyarakat
yang dipanggil CHETTI MELAKA sehingga ke tanggal ini.

                   Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, masyarkat Chetti telah memainkan
peranan yang penting dalam membantu mengembangkan ekonomi dan sekaligus mereka
telah diberi penempatan yang pertama iaitu di Kampong Keling, perkataan Keling adalah
diambil dari penempatan asal mereka di India yang menunjuk asal-usul mereka iaitu
Kalingga. Apabila wujudnya perkahwinan campur, iaitu para pedagang India dengan wanita
tempatan, mereka tidak lupa pada adat istiadat Hindu mereka hingga ke hari ini. Maka
mereka turut mengajar adat istiadat, agama dan kepercayaan agama Hindu kepada isteri-isteri
mereka. Selain itu, para isteri tersebut telah diberi nama Hindu iaitu Thevani, Sinagamy,
Amal Gurumah dan Letchumi. Dalam pada itu, bahasa perantaraan kaum ini adalah Bahasa
Melayu kerana waktu tersebut merupakan zaman Kesultanan Melayu Melaka maka wujudnya
bahasa ibunda masyarakat Chetti iaitu Bahasa Melayu.

                    Apabila Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511,
peranan masyarakat Chetti bertukar kerana mereka diberikan tanggungjawab untuk
mengetuai beberapa pedagang yang lain termasuk pedagang India Muslim, maka disitulah
bertambahnya perkahwinan campuran di kalangan Chetti dengan wanita tempatan.
Walaubagaimanapun, apabila Belanda menawan Melaka pada tahun 1641, kegiatan
perdagangan masyarakat Chetti pada masa itu terkongkong disebabkan pihak Belanda
mengenakan banyaka sekatan sehingga menyusahkan para pedagang untuk berurusniaga.
Akhirnya, masyarkat Chetti telah mengambil jalan untuk menukar perdagangan mereka
kepada sektor pertanian. Selepas pihak British menawan Melaka pada tahun 1871,
memandangkan sektor pertanian agak sukar, maka masyarakat Chetti juga menukar pekerjaan
dari sektor pertanian kepada bekerja di pejabat British sebagai kerani atau peon hingga
sekarang.

                    Segolongan besar masyarakat Chetti yang telah berkahwin dengan wanita
tempatan tersebut, terus metap di Melaka disebabkan system kasta yang diamalkan di India
yang tidak membenarkan kemasukan orang luar dalam agama mereka. Oleh yang demikian,
bagi mengelakkan percanggahan atau konflik, pedagang-pedagang yang telah berkahwin
dengan wanita tempatan telah mengambil keputusan untuk menerima Melaka sebagai tanah
tumpah darah mereka. Di situlah, wujudnya gelaran CHETTI MELAKA yang bermaksud
Pedagang Melaka yang berasal dari Kalingga (mengikut tulisan Balthasar Bort pada 1678
iaitu terdapat 348 orang masyarakat Chetti yang tinggal di Melaka) dan kemudiannya
berpindah dari penempatan awal di sekitar Kampung Keling ke Gajah Berang, Tengkera dan
Bacang. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi, sayur-sayuran dan
buah-buahan untuk dijadikan mata pencarian bagi menyara keluarga masing-masing.

                    Pada zaman pemerintahan Belanda, mereka telah memberi sebidang tanah
kepada Theivanayagam Chitty iaitu ketua kepada
masyarakat Chetti pada ketika itu. Pada
tahun 1781 pula, masyarakat Chetti membina
sebuah kuil yang dinamakan Sri Poyatha
Vinayagar Moorthi (SPVMT) sempena nama Dewa
yang mengelakkan rintangan di atas
tanah seluas 15, 879 kaki persegi yang diberi oleh
pihak Belanda. Kini Kuil SPVMT
merupakan kuil yang tertua di Semenanjung
Malaysia. Tambahannya, masyarakat Chetti
mempunyai sebanyak Sembilan buah kuil yang telah dibina pada abad ke-18 dan terdapat
disekitar Perkampungan Budaya Chetti. Kuil-kuil tersenut masih digunakan untuk upacara

sembahyang walaupun masyrakat Chetti tidak lagi menjalankan kegiatan pertanian.

Tuesday 25 March 2014


PENGENALAN






                    Masyarakat Hindu Peranakan yang tinggal di Melaka dikenali sebagai

masyarakat Chetti. Mereka adalah satu kelompok masyarakat minoriti India. Masyarakat

Chetti jarang dikenali dari segi paras rupanya yang telah mengalami asmilasi perkahwinan

campuran antara pelbagai kaum. Maka wujunya kaum Peranakan yang unik ini di Melaka

mahupun Malaysia tersendiri. Kaum etnik ini menganggap diri mereka sebagai Tamil, yang

mempunyai penampilan Dravidia dan kulit gelap, mereka kelihatan sebagai asmilasi

campuran orang Asia Tenggara dan  Dravidia .


                     Ini adalah hasil daripada fakta bahawa peneroka Tamil pertama yang mengambil

isteri-isteri tempatan, kerana mereka tidak membawa wanita atau isteri mereka sendiri semasa

perlawatan perdagangan. Lama-kelamaan, kaum Chetti berkumpul denagn ciri-ciri fizikal

yang kurang Dravidia , dan lebih Melayu. Selain itu, rupa mereka mirip orang-orang melayu

campuran India. Kehidupan mereka pula tidak berbeza dengan masyarakat-masyarakat lain.

Namun begitu, Masyarakat Chetti tidak sama dengan masyarakat Chettiyar India yang

meminjamkan wang seperti ‘Along India’.


                    Catatan sejarah menyatakan bahawa peniaga India dari Panai di Tamil Nadu iaitu

India Selatan, India menetap di Melaka pada zaman kedaulatan Kesultanan Melaka iaitu pada

tahun 1500an. Maka terwujudnya kaum Peranakan India, yang kemudian menetap dan bebas

bergaul dengan orang Melayu tempatan dan peneroka Cina. Walaubagaimanapun, dengan

kejatuhan Kesultanan Melaka selepas tahun 1511, kaum Chetti akhirnya hilang sentuhan

dengan tanah asal mereka. Di bawah pentadbiran Portugis, Belanda dan British penjajah,

kaum Chetti mula memudahkan budaya dan adat resam mereka dengan mengamalkan adat

tempatan .


                    Hal ini,  dibuktikan dalam seni bina Kuil Sri Poyatha Moorthi, yang dibina oleh

Thaivanayagam Chetti, pemimpin rakyat

Chetti yang pertama, pada 1781 selepas

kerajaan Kolonial Belanda memberinya

sebidang tanah . Penempatan dan penyelesaian

tradisional Chetti terletak di Kampung Tujuh ,

Jalan Gajah Berang, yang juga didiami oleh

sebilangan kecil orang Cina dan Melayu.

Namun demikian, kebanyakan kaum Chetti

telah berhijrah sejak mendapati pekerjaan di

Singapura dan bahagian lain di Malaysia.



                    Oleh sebab terlalu ramai saudagar India yang datang dan berdagang di Kota

Melaka, pemerintah Melaka ketika itu telah meyediakan sebuah penempatan untuk mereka

tinggal dan menjalankan aktiviti mereka di penempatan tersebut yang dikenali sebagai

‘Kampung Keling’. Hal ini adalah untuk mempermudahkan saudagar terbabit berurusniaga.

Menurut catatan Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, perkataan ‘keling’ adalah berasal

dari ‘Kaling Gappatinam’ atau ‘Kalinggam’ yang dikenali sebagai Benua Keling (India).



                    Perkataan ‘keling’ juga dikatakan berasal daripada ‘kering atau kring’ iaitu

gelaran orang-orang tempatan kepada bangsa India yang gemar memakai gelang kaki loceng

yang berbunyi dan menjalankan upacara keagamaan mereka menggunakan loceng. Oleh itu,

lama-kelamaan, perkataan ‘kering atau kring’ bertukar kepada keling’ megikut kesesuaian

cara penyebutan orang-orang tempatan.



                    Masyarakat Chetti mempunyai adat-istiadat yang sama dengan masyarakat

Hindu yang terbesar di Malaysia . Mereka menjalankan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan

agama di kuil-kuil hasil pembinaan kaum Chetti. Kuil dan tempat keramat yang lain

mempunyai hari berdoa yang

bertuah, tetapi hanya upacara yang

mudah boleh dijalankan

oleh ahli komuniti Chetti. Upacara

yang lebih hanya dijalankan di kuil

besar seperti Kuil Kalaisanathar atau Kuil Baru, 

Kuil Angggallamman atau Kuil Kolam Besar.